Social Icons

Featured Posts

SEJARAH PENUBUHAN

Pendidikan Inggeris di Port Dickson bermula sebelum 1910 di sebuah sekolah persendirian. Walau bagaimanapun, terdapat desakan untuk membuka Sekolah Inggeris di bandar ini. Sekumpulan penduduk tempatan yang diketuai oleh Encik Kandiah, Ketua Pos telah membuat rayuan kepada kerajaan untuk mengambil alih sekolah persendirian milik Puan Edwards, isteri Ketua Polis Port Dickson. Sekolah ini menjadi asas kepada Sekolah Tinggi Port Dickson. Sekolah ini dipindahkan ke tempat letak kereta Balai Bomba dahulu. Selepas beberapa bulan kemudiannya, sekolah ini dipindahkan pula ke stor J.K.R sekarang.

Pada tahun 1919, sekolah ini dipindahkan di tapak Sekolah Rendah Kebangsaan Port Dickson sekarang ini. Pada tahun-tahun permulaaannya,sekolah ini hanya mengambil guru-guru perempuan yang juga dikatakan tradisi wa;aupun sekolah ini mempunyai pelajar lelaki dan perempuan.

Pada tahun1924, sekolah ini memecahkan tradisi apabila Encik S.P.S Kannu dari Kuala Pilah dilantik menjadi Guru Besar. Semasa Encik S.P.S Kannu dilantik, bilangan pelajar di sekolah ini hanya 80 orang dan sehingga darjah 5 sahaja. Bilangan pelajar bertambah menjadi 200 orang dari tahun 1924 sehinggalah pada zaman peperangan Jepun di Malaya. Pelajar-pelajar yang telah tamat belajar sehingga darjah 5, terpaksa pergi ke Seremban untuk menuntut ilmu.

Selepas tamat peperangan, sekolah ini dibuka semula. Sekolah ini ditempatkan buat sementara di Sekolah Melayu Kampung Gelam kerana sekolah yang sedia ada sedang dibaik-pulih akibat Sekolah Rendah Kebangsaan Port Dickson yang dijadikan sebagai Ibu Pejabat Syarikat Pembinaan Kapal Jepun semasa perang. 6 bulan kemudiannya, sekolah ini pindah ke bangunannya sendiri dan ditadbir oleh Encik Lionel Van Geyzel sebagai Guru Besar. Bilangan pelajar telah bertambah mrnjadi 656 orang kerana 2 blok bilik darjah yang baru telah dibina. Bilangan pelajar telah bertambah menjadi 656 orang kerana 2 blok bilik darjah yang baru telah dibina. Kantin juga telah dibuka ekoran penambahan bilik darjah dan murid yang pesat.

Sekolah Inggeris Kerajaan telah dipisahkan menjadi dua iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 1958. Encik D.E. Fernandez menjawat jawatan Guru Besar bagi Sekolah Menengah Inggeris Port Dickson. Pada tahun 1960, bilangan murid telah bertambah menjadi 893 orang. Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah beroperasi di bvangunan yang sama sehingga tahun 1963. Bangunan berasingan bagi Sekolah Menengah Inggeris Port Dickson hanya dapat disiapkan pada bulan Januari tahun 1964. Dengan ini Sekolah Tingggi Port Dickson ditubuhkan. Pada tahun 1968, bangunan Sekolah Menengah Inggeris telah siap dan murid-murid telah dipindahkan ke bangunan ini.

Perasmian Pembukaan dan Penamaan

Satu majlis telah diadakan bagi merasmikan pembukaan sekolah ini. Menteri Pelajaran pada ketika itu, iaitu Yang Berhormat Encik Mohd. Khir Bin Johari telah merasmikan pembukaannya pada 30 Mac 1966 dalam satu majlis yang gilang-gemilang. Sekolah ini yang asalnya dinamakan Government English School telah ditukar menjadi Sekolah Tinggi Port Dickson (STPD) dan motto sekolah pula dipersetujui " To Each His Need From Each His Power" yang membawa maksud " Kejayaan Seseorang Itu Berpunca Daripada Usahanya Sendiri".

Enrolmen

Apabila STPD dibuka pada tahun 1924, bilangan pelajarnya hanyalah seramai 80 orang dan pendidikan hanya diberikan hingga darjah 5 sahaja. Bilangannya terus bertambah dari semasa ke semasa hingga mencecah angka 200 sebelum zaman Perang Dunia Ke-2. Kini, untuk tahun 2014, enrolmen SMKTD mencecah bilangan seramai 1641 orang dengan bilangan guru seramai 121 orang.

Persekolahan Satu Sesi STPD

Kekosongan jawatan Pengetua selepas Tuan Haji Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Sektor Bahagian Sekolah di JPNS diisi oleh Encik Khoo Yee Liew, yang juga merupakan bekas pelajar sekolah ini, Oleh itu, beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan status quo STPD sebagai Sekolah terunggul di daerah Port Dickson. Satu kejutan yang dilakukan beliau adalah mengadakan kembali persekolahan satu sesi yang pernah diadakan pada awal penubuhan sekolah ini hingga tahun 1960an. pada tanngal 1 Mei 2003, bersamaan hari Jumaat, STPD dengan jumlah pelajarnya mencecah 2300 orang memulakan persekolahan satu sesinya.

Friday 1 January 2016

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1, 2, 3, 4, 5 DAN PERALIHAN TAHUN 2016


 TARIKH    : 31 DISEMBER 2015
 MASA        : 8.00 - 12 TENGAHARI
 TEMPAT   : TINGKATAN 1 ( DEWAN )
                       TINGKATAN 2, 3, 4, 5 DAN PERALIHAN ( KELAS )










 
Blogger Templates